Friday, 31 May 2013

SELAMAT HARI GURU

Alkisah Cikgu Ibrahim…

Cikgu Ibrahim mengajar di sebuah sekolah rendah. Di depan kelas darjah 4 pada hari pertama persekolahan, beliau memberitahu para pelajar satu pembohongan.

Seperti guru-guru yang lain, Cikgu Ibrahim memberitahu para pelajarnya bahawa beliau sayang mereka secara setara. Tapi mustahil, kerana di depan kelasnya ada seorang pelajar lelaki bernama Jimmy yang tidak bermaya dan lemah semangat.

Cikgu Ibrahim telah memperhatikan Jimmy sejak tahun lepas. Dia ini tak bergaul dengan rakan-rakan sekolah dan suka menyendiri. Pakaiannya dan rambutnya tidak terurus. Nampak comot dan kurang bersih. Cikgu Ibrahim tidak suka kepadanya.

Cikgu Ibrahim tidak berniat nak mengajar Jimmy. Kerja rumahnya yang teruk dipangkah “X” dengan besar-besar tanpa diajar. Peperiksaan bila Jimmy gagal, Cikgu Ibrahim sudi menulis dengan pen warna merah. Kadang-kala terasa juga nak tulis “Padan Muka!” di atas kertas tersebut.

Tiba masa untuk menulis rekod pelajar pertengahan tahun. Cikgu Ibrahim meninggalkan buku rekod Jimmy di bahagian terakhir. Menyampah nak baca dan tulis untuk pelajar yang malas, tak bermaya, tak terurus dan dibencinya ini.

Cikgu Ibrahim menyiapkan laporan untuk pelajar-pelajar yang lain dahulu. Akhirnya tiba giliran buku rekod Jimmy.

Mahu tidak mahu, Cikgu Ibrahim terpaksa membaca rekod Jimmy sejak Darjah 1 sehinggalah sekarang sebelum mencatat prestasi Jimmy berdasarkan pengamatan beliau.

Darjah 1, cikgu Jimmy menulis:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat pintar dan kemas kerjanya. Senyumannya begitu bersemangat sehinggakan seluruh kelas mencontohi tingkahlaku beliau. Beliau mendapat tempat nombor 1 di sekolah dan aktif dalam sukan.”

Darjah 2, cikgu Jimmy menulis:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat disukai semua guru dan rakan-rakan sekolah. Jimmy masih mengekalkan keputusan cemerlangnya meskipun bapanya terkena penyakit kronik dan ibunya terpaksa sara keluarga. Kehidupan di rumahnya tentu mencabar.”

Darjah 3, cikgu Jimmy menulis:
“Bapa Jimmy meninggal. Jimmy cuba sedaya untuk fokus tapi ibunya kerana terpaksa sara keluarga terus mengabaikannya. Bantuan mesti diberikan jika tidak kehidupan keluarga akan ada negatif impak pada Jimmy. Keputusan Jimmy dah mula merundum dan lebih menyendiri. Jimmy dah mula tak buat kerja rumah dan tidur di dalam kelas.”

Setelah membaca ketiga-tiga laporan itu, Cikgu Ibrahim berasa bersalah mempunyai sangka buruk pada Jimmy sejak awal. Beliau sebak seketika dan tidak menulis laporan dalam buku rekod Jimmy.

Rupa-rupanya Jimmy jadi begitu ada kisahnya – Cikgu Ibrahim berasa malu.

Pada sambutan Hari Guru, Cikgu Ibrahim menerima hadiah daripada semua pelajar dalam kelasnya termasuk dari Jimmy. Semua hadiah dibungkus dengan cantik kecuali hadiah Jimmy yang hanya dibalut dengan kertas kuning comot.

Cikgu Ibrahim memilih untuk membuka hadiah Jimmy dulu di depan kelas. Rakan-rakan sekelasnya ketawa hadiah comot yang dihadiah oleh Jimmy. Dalamnya ada satu cincin dan sekotak bedak usang.

Cikgu Ibrahim menyuruh kelasnya diam. Beliau memakai cincin tersebut dan meletakkan sedikit bedak di lehernya.

Jimmy tersenyum tapi tidak berkata apa-apa. Ini pertama kali Cikgu Ibrahim melihat Jimmy tersenym.

Selepas habis sekolah, Cikgu Ibrahim terserempak Jimmy yang menunggu di tepi keretanya seorang diri.

“Apa hal Jimmy?”

“Tak ada apa. Cuma nak beritahu, Cikgu hari ini bau dan nampak seperti bapa saya. Terima kasih,” kata Jimmy sebelum beredar.

Masya-Allah. Mata Cikgu Ibrahim menjadi merah.

Mulai hari itu, Jimmy menjadi pelajar yang diberi perhatian khusus oleh Cikgu Ibrahim. Cikgu Ibrahim berhenti mengajar matematik, menulis dan membaca. Beliau kini mula mendidik para pelajarnya sebagai seorang ibubapa.

Hubungan Cikgu Ibrahim dengan Jimmy bertambah baik. Jimmy memberikan perhatian dalam kelas dan setiap kata Cikgu Ibrahim. Pada akhir tahun, Jimmy kembali mendapat nombor 1 di dalam sekolah.

Pada akhir tahun darjah 4, Jimmy meninggalkan sekeping nota di kereta Cikgu Ibrahim.

“Cikgu adalah cikgu terbaik di dalam hidup saya. Dalam pepatah Cina, satu hari sebagai cikgu saya ialah sama dengan seumur hidup menjadi bapa saya. Saya sayang cikgu. Terima kasih kerana memakai bedak dan cincin bapa saya. Akhirnya, saya jumpa bapa saya kembali ke sisi saya.”

Cikgu Ibrahim sekali lagi menitis air mata.

Semenjak itu, Cikgu Ibrahim dan Jimmy menjadi sangat rapat sehinggalah ke sekolah menengah yang hanya di depan sekolah rendah. Setiap kali Jimmy mendapat keputusan cemerlang, Jimmy akan mengirimkan nota, “Cikgu masih cikgu terbaik dalam hidup saya. Tanpa cikgu, takkan ada Jimmy hari ini.”

Sebelum Jimmy ke Universiti di sebelah selatan, Cikgu Ibrahim mengajak Jimmy berjumpa untuk memberikan sedikit duit sebagai bekalan.

“Cikgu harap hubungan ini berterusan sampai akhir hayat,” kata Cikgu Ibrahim.

Jimmy berfikir sejenak…

“Apa kata cikgu jadi ayah angkat saya? Macam ini, pasti takkan putus hubungan,” kata Jimmy.

“Cikgu dah lama anggap Jimmy sebagai anak. Cuma Jimmy tak panggil ayah saja lagi,” jawab Cikgu Ibrahim.

Jimmy terus memeluk Cikgu Ibrahim, “Ayah. Saya dah lama nak panggil ayah. Sejak bapa tiada, anakanda dah lama anggap cikgu sebagai ayah. Kalau bukan ayah masih percayakan anakanda darjah 4 dulu, anakanda dah tak tahu hanyut ke mana.”

“Terima kasih anakanda. Ayah yang patut ucap terima kasih. Ayah selama ini tak tahu mendidik sehinggalah ayah terjumpa anakanda darjah 4 lalu,” jawab Cikgu Ibrahim.

Selamat Hari Guru.

Senyum.

Jangan baca saja jika suka. Sharelah juga ya

Tuesday, 28 May 2013

Hantar duit utk Hakimi beli tiket

28 Mei 2013  .

Masuk Duit

RM 1000  +  RM 1500 =  RM 2500 

dlm Akaun Arrajhi Kimi

Dia dah  booking tiket 26 Jun 2013........

Cukai belum bayar lagi untuk taksiran 2010 dan 2011......RM 1500  lebih

Mesti setel sebelum 8 Jun 2013

Bayar dulu...Rayu kemudian




Tuesday, 21 May 2013

SUKANTARA DAN SUKANEKA BERMULA 8.30 PAGI HINGGA 12.00 T.H

Keputusan terakhir  setakat 12.00 t.h

pasukan biru menjadi Johan.


BELI LAPTOP ASUS

Harga RM 1000.00 .....

agen Muzli....SPR Lelong ,,,konon?

Asus  AMD  Redeon....1.7...2GB  

ddr3 Ram....

Hdisk  500GB. 

with CamerA...WIFI

Thursday, 16 May 2013

SAMBUTAN HARI GURU DAN JAMUAN PERSARAAN

Sambutan di  medan.....perutusan,ikrar guru,nyanyian lagu malaysia,penyampaian hadiah hari guru

Jamuan Nasi  Ala Kak Wok

Di dewan........persembahan guru-guru  rumah  sukan.

1.00 hingga 200-----Jamuan Di The New Horizon....sempena persaraan  Encik Hatta.(Tak Hadir)

RAMAI JUGA TAK DAPAT HADIR...Encik Rozman,Rawi,Karami dll.

Monday, 13 May 2013

1Bestari datang pasang modem internet dan wifi

Yes4MOE-A

Yes4MOE-B

 Yes4MOE-C

 Yes4MOE-D  Back up

pasang hari ini...13 Mei 2013.

Bayar Strtreamyx....RM106.45...Bil diselaras 2 bulan..hingga 13Mei...

Thursday, 9 May 2013

BAYAR BIL API RM112.00

9.00 pagi

Ke TNB,,,,no giliran 1088....setel bil.......RM197  -  RM 85  =  RM 111.20

Daging lembu dan ayam.....RM 30.30


GAMBAR BANGUNAN INI MEMBUATKAN WANITA TERSIPU-SIPU


Bangunan akhbar Harian Rakyat di Beijing yang baru sedang dalam pembinaan dan mempunyai bahagian atas yang membuatkan rakyat negara itu tersipu-sipu malu mengenainya…
Menara megah berdiri di 150 meter dan akan digunakan untuk menempatkan akhbar harian Rakyat negara itu, suara rasmi parti pemerintah China. 
Pihak berkuasa China telah menyekat orang yang mencari gambar-gambar bangunan akhbar rasmi Parti Komunis tersebut

Monday, 6 May 2013

05MEI 2013 HARI MENGUNDI

KEPUTUSAN 

BN RAMPAS KEDAH

PERAK,TERENGGANU ,NSEMBILAN MAJORITI MUDAH

PARLIMEN  BN 133......PR...89  (2008---BN 140,PR 82)

Selangor .Ppinang danKelantan  ..PR