Published: 16 December 2014
The Star melaporkan Kuala Terengganu dan Kelantan mencatatkan jumlah klik tertinggi pada laman pornografi setiap minit.
Menurut laporan The Star hari ini, memetik
statistik daripada syarikat video dewasa online 'Pornhub', pengguna di
bandar itu meluangkan purata 12 minit dan 58 saat menonton atau mencari
bahan pornografi visual.
Manakala pengguna di Kuala Lumpur merupakan
kedua tertinggi pada 12 minit 29 saat, diikuti Kota Baru dan Miri
masing-masing 12 minit 27 saat.
Purata masa yang dihabiskan melayari
pornografi di empat bandar ini lebih tinggi daripada purata masa bagi
Malaysia sendiri iaitu 12 minit 5 saat, lapor akhbar itu.
Filipina mendahului senarai syarikat itu
sebagai salah satu negara dengan pengguna Pornhub paling tinggi atau
paling lama di dunia.
Negara Asean lain ialah Myanmar (10:54
minit), Indonesia (10:11), Singapura (9:50), Brunei (9:45), Laos (8:28),
Vietnam (8:24), Thailand (8:15) dan Kemboja ( 8:07).
Naib presiden Pornhub Corey Price
bagaimanapun memberitahu The Star, beberapa negara mungkin mencatatkan
masa yang lebih lama setiap kali pergi ke laman web itu kerana pengguna
mengambil masa yang panjang mencari jenis video yang dikehendaki.
Katanya, ini tidak menghairankan, memandangkan "laman kami menawarkan banyak kepelbagaian."
Price berkata, ada juga kemungkinan masa yang
panjang dihabiskan sesetengah pengguna yang menonton sesuatu video
dalam tempoh masa yang lama.
“Bagaimanapun, bagi membuktikan perkara ini,
anda perlu semak dan bandingkan angka itu dengan jumlah paparan halaman
setiap kali melayari laman itu," katanya.
Angka bagi Malaysia ialah sebahagian daripada laporan global Pornhub yang direkodkan baru-baru ini.
Di mana silap pak lebai-pak lebai yang ramai di Malaysia?
Sibuk mencari duit atau berdakwah?
Ya...Macam-macam kaedah.
Ada yang buat pakej melancung dengan cruise mahal:
No comments:
Post a Comment