Perdana Menteri berkata, pendapatan kerajaan terus meningkat sejak GST
diperkenalkan 1 April lalu berbanding jika kerajaan meneruskan Cukai
Jualan dan Perkhidmatan (SST).
“Jika kita terus menggunakan SST, kita hanya mampu mengutip sebanyak RM18 bilion.
“Tetapi sejak memperkenalkan GST, hasil kutipan meningkat kepada RM39
bilion ringgit,” katanya ketika membentangkan Bajet 2016 di Parlimen
pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Najib menjelaskan bahawa walaupun pelaksanaan GST
bukanlah langkah populis tetapi demi menjamin kehidupan rakyat, kerajaan
akan terus melaksanakan perkara yang betul.
“Bersyukurlah kerajaan yang ada merupakan kerajaan yang mempunyai
iltizam untuk melaksanakan GST. Walapun ada pelbagai halangan,” katanya
lagi.
Pada masa sama, Najib juga mengucapkan terima kasih kepada pihak pembangkang kerana menerima pelaksanaan GST.
“Terima kasih kepada penbangkang kerana faham kenapa kita hendak laksanakan GST.
“Tanpa GST, negara akan mengalami defisit negara akan meningkat kepada
4.8 peratus dan bukan sebanyak 3.1 peratus seperti yang disasarkan pada
tahun 2016,” katanya yang merujuk Bajet Alternatif 2016 Pakatan Harapan.
No comments:
Post a Comment