Keadaan banjir di tiga negeri membabitkan Kelantan, Terengganu dan Perak semakin bertambah buruk berikutan hujan berterusan, sekali gus mencatat pertambahan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada awal pagi tadi mengeluarkan amaran cuaca tahap bahaya dengan hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan bermula hari ini hingga Selasa.
Hujan lebat berterusan peringkat buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Perak dan Pahang dalam tempoh sama, manakala amaran hujan berterusan peringkat waspada dikeluarkan membabitkan Perlis, Pulau Pinang selain beberapa kawasan di Kedah, Perak serta Johor.
Di Melaka, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 3,320 orang daripada 975 keluarga petang ini, berbanding 1,584 orang daripada 490 keluarga pagi tadi membabitkan 32 PPS di tujuh jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Jeli.Panjang, Pasir Mas (9.64m).
Di Terengganu, jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di PPS meningkat mendadak kepada 1,866 orang daripada 512 keluarga berbanding 47 orang daripada 13 keluarga pagi tadi.
KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 9,149 orang sehingga jam 8.20 pagi hari ini, berbanding 7,096 orang malam tadi.
Kesemua mereka membabitkan 2,707 keluarga ditempatkan di 80 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sembilan daerah.
Menurut laman web infobencanajkmv2.jkm.gov.my, Pasir Mas menyaksikan mangsa banjir paling ramai iaitu 3,486 mangsa diikuti Tanah Merah (1,321 mangsa).
Pasir Puteh pula mencatatkan 1,070 mangsa diikuti Machang (814 orang); Kuala Krai (773 orang); Kota Bharu (569 orang); Bachok (448 orang); Tumpat (223 orang) dan Jeli 207 orang.
No comments:
Post a Comment