Tarikh : 27 Dis.2011 (Selasa)
9.00 pagi hingga 1 tengah hari
1. GB.......Pengurusan.........Rancangan Mengajar guna ICT.
2. pk 1-------------mengajar....ICT....LDP
3. pk hem
4. pk.ko...........TKRS....K.KELAB ICT
.....Chek barang....ict........earphone 41 unit
dan 1 almari elektrik
Mesyauart akan datang
ISNIN DEPAN.......Panitia BM/BI..........Mt/SN.
Wednesday, 28 December 2011
Friday, 23 December 2011
Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman meninggal dunia
Al Fatihah...
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman telah meninggal dunia pada lebih kurang jam 5 petang Jumaat.
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman telah meninggal dunia pada lebih kurang jam 5 petang Jumaat.
Allahyarham berusia 72 tahun.
Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah Hal Ehwal Agama Islam sebelum dilantik sebagai Senator dan kemudiannya anggota Dewan Rakyat.
Sementara itu, Pegawai peribadi Allahyarham, Nor Azhar Yusof dipetik oleh Bernama sebagai berkata, sebelum meninggal dunia Abdul Hamid kelihatan seperti biasa sahaja sehinggalah beliau tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas.
Ketika kejadian Allahyarham berada di pejabatnya di Maju Junction di sini.
"Kakitangan pejabat memanggil saya apabila melihat Allahyarham mengalami sesak nafas dan kami semua cuba memberi bantuan kecemasan termasuk bantuan pernafasan namun lima minit kemudian Tan Sri telah tiada.
"Allahyarham mempunyai sejarah penyakit lain iaitu sakit jantung dan diabetis," katanya ketika dihubungi.
Katanya lagi, jenazah Abdul Hamid telah dibawa pulang ke kediamannya di Taman Tenaga, Batu 9, Jalan Puchong.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Puan Seri Jamilah Mohd Said, 68, seorang anak, Wafi Nazrin dan serta lima orang cucu.
ASRUL HISYAM RAMLI DAN
AFENDI DELANI MENINGGAL DUNIA JUGA....
al-fatihah
ASRUL HISYAM RAMLI DAN
AFENDI DELANI MENINGGAL DUNIA JUGA....
al-fatihah
Sunday, 18 December 2011
Golongan kata
I. Kata isian (kumpulan yang terbuka kerana sentiasa berkembang)
II. Kata tugas (kumpulan kata tertutup seperti dan, itu, amat, walaupun, sekiranya, dan sebagainya.
Kata-kata boleh digolongkan berdasarkan faktor sintaksis dan semantik. Kata-kata dalam bahasa Melayu boleh digolongkan kepada empat iaitu: I. Kata nama
II. kata kerja
III. kata adjektif
IV. kata tugas
Kata nama, kata kerja dan kata adjektif ialah kata isian yang terbukaGolongan kata nama
| Subgolongan | ciri | jenis | contoh |
| Nama khas | Hidup | Manusia | Ali, Fatimah, Tun Abdul Razak, Hang Jebat, Aziz Osman |
| Bukan manusia | Bujang senang, Si Tompok, Pak Belang | ||
| Tak hidup | | Gunung Kinabalu, Gua Musang, Sabak Bernam, Proton Saga, Waja, Wira. | |
| Nama am | Konkrit | | Kepala, meja, pelajar, ketua, kapal terbang |
| Abstrak | | Harapan, kemahuan, kecuaian,keberanian, kesenangan, dengki. | |
| Ganti nama | Penunjuk | | Ini, itu |
| | | Tanya | Siapa, apa, mana |
| | Diri | Orang pertama | Saya, beta, aku, patik, kami, kita |
| Orang kedua | Awak, kamu, engkau anda, saudara, saudari, tuan hamba. | ||
| Orang ketiga | Ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya |
Golongan Kata Kerja (KK)
Kata kerja (KK) merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya.
![]() |
| subgolongan | Ciri | jenis | Contoh |
Tak transitif-Tidak memerlukan objek untuk melengkapkannya. -Tetapi ada yang memerlukan pelengkap. | Tak berpelengkap- Tidak memerlukan pelengkap | Tak Transitif Tak Berpelengkap | - Rumah itu sudah roboh - Turunnya Union Jack, jalur Gemilang pula yang berkibar |
Berpelengkap- memerlukan pelengkap | Tak transitif Berpelengkap | - keadaan Halim bertambah parah - Air sungai beransur surut | |
Transitif- memerlukan objek atau penyambut. | Aktif | Transitif Aktif | Menulis, menampar, memakan |
| Pasif | Transitif Pasif | Ditulis oleh/dengan, ditampat. Dimakan oleh/dengan |
Golongan kata adjektif
Kata adjektif (KA) ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya).
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan.
| Jenis | Contoh |
| Sifat | Baik, cerdik, berani. Lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat |
| warna | Merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat |
| ukuran | Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang, ternipis |
| bentuk | Bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong. |
| waktu | Lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam. |
| jarak | Dekat, hampir, jauh |
| cara | Selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah. |
| Pancaindera - rasa - pandang - dengar - bau - sentuh | Sedap, lzat, manis,pahit, lemak, pedas, payau Buruk, hodoh, jelita, cantik Bising, senyap Busuk, wangi, hangit, hapak Kesat, kasar, lembab, halus, licin |
| Adjektif perasaan | Takut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira. |
Tip | ||
| Kata adjektif dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar | Kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. | Adjektif perasaan harus diiktui oleh kata sendi nama seperti akan, dengan, terhadap dan sebagainya. Contoh: Saya sangat segan dengan awak Ahmad amat rindu akan kekasihnya di Indonesia Orang kaya itu amat malu untuk meminta pertolongan mereka. |
Golongan Kata Tugas
Hadir dalam ayat untuk memikul tugas nahu atau tugas sintaksis tertentu. Jadual berikut menjelaskan fungsi kata tugas.
| Contoh | subgolongan | Tugas |
|
| Menghubungkan ayat atau klausa. |
| Aduh, amboi, wah syabas, oh, cis | Kata seru | Menunjukkan seruan |
| Mengapa bila, berapa, bagaimana | Kata tanya | Menyoal atau bertanya |
| Jangan, usah, sila, jemput tolong, minta, harap | Kata perintah
| Menimbulkan Tindakan balas |
| Ya, benar, betul | Kata pembenar | Membenarkan sesuatu |
| Maka, hatta, adapun, syahdan | Kata pangkal ayat | Menandakan kesinambungan ayat |
| Telah, sudah, pernah, masih, sedang, tengah, akan belum. Hendak, mahu ingin, harus, mesti, boleh, dapat. | Kata bantu | Membantu frasa-frasa kerja, adjektif, sendi nama. |
| Amat, sangat, sekali, terlalu, paling, sungguh, benar, nian. | Kata penguat | Menguatkanmaksud suatu adjektif |
| -kah, -tah, -lah, juga, pun, hanya, memang, lagi | Kata penegas | Menegaskan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat |
| Kata nafi | Menafikan sesuatu |
| Kata pemeri | Memerikan hal atau merangkaikan subjek dengan predikat. |
| Di, ke, daripada, antara, untuk, bagi, akan, terhadap, oleh, seperti, umpama, bagai. | Kata sendi nama | Pelbagai tugas bagi kata atau frasa nama |
| Atas, bawah, sisi, depan, belakang, hadapan, , dalam luar, samping, timur, barat. | Kata arah | Menunjukkan arah atau hala |
| Kata bilangan | Menerangkan bilangan atau jumlah |
| -nya | Kata penekan | Memberi penegasan bagi kata yang digandingi |
| -nya | Kata pembeda | Menjadikan kata bukan nama sebagai kata nama |
Kata hubung
Kata hubung bertugas untuk menghubungkan klausa, ayat, frasa atau perkataan untuk membentuk ayat majmuk.
Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ayat majmuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.
Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.
| Kata hubung gabungan | Kata hubung pancangan | ||
i. Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah. ii. ``Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya. iii. Dia mengelak, lantas menikam. | Pancangan relatif | Pancangan komplemen | Pancangan keterangan |
| -menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang. Contoh: i. Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah. ii. Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya. iii. Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah. | -Menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Kompelen bermaksud pelengkap). -Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. -Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk. i. Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A. ii. Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar. iii. Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai. | -Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. -Kata hubung itu ialah: kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya. i. Mereka tidak dibenarkan masuk ke stadium kerana tidak memiliki tiket yang sah. | |
Subscribe to:
Comments (Atom)
