- kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.
- Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
- Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.
- Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
- Contoh ayat
- Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
- Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
- Rojak ialah makanan kegemaran saya.
- Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.
- PROSES PENERBITAN AYAT
- 1.PENGGUGURAN
v Pengguguran unsur-unsur daripada binaan ayat pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan tidak lagi wajib.
Pengguguran FN sebagai subjek. -
Kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah. - Contoh,
- awak semua pergi dari sini = pergi dari sini.
Pengguguran subjek serupa dalam kata majmuk.- Contoh,
- Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar = dia sangat pandai kerana rajin belajar.
Pengguguran frasa predikat.
FK yang serupa. - Contoh,
- Adik Ali belajar di England dan sepupunya belajar di England.=
- Adik Ali dan sepupunya belajar di England.
FN yang serupa. - Contoh,
- Bendera Malaysia lambang negara dan lagu kebangsaan lambang Negara =
- Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan lambang Negara.
FA yang serupa. - Contoh,
- Adik saya sangat rajin.Adik Ali sangat rajin =
- Adik saya dan adik Ali sangat rajin.
Frasa Sendi Nama yang serupa. - Contoh,
- Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung =
- Dia dan isterinya masih di kampung.
-
Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat.
Pengguguran oleh FN dalam ayat pasif. - Contoh,
- Dia dipukul oleh bapanya = Dia dipukul.
-
Pengguguran kata bantu yang serupa. Contoh, - Dia boleh menyanyi dan dia boleh menari =
- Dia boleh menyanyi dan menari.
-
Penggunaan FN sebagai objek yang serupa. Contoh, - Daud memukul penjahat itu dan Daud menumbuk penjahat itu =
- Daud memukul dan menumbuh penjahat itu.
-
Penggunaan FN sebagai objek selepas KK yang membawa makna adjektif. Contoh, kejadian itu sunguh menakjubkan kami = - kejadian itu sunguh menakjubkan
-
Pengguguran FN yang menduduki frasa relatif.
Contoh, Orang tua itu bapa saya.Orang tua itu memakai serban = - Orang tua yang memakai serban itu bapa saya.
-
Pengguguran KN yang berfungsi sebagai inti dalam FN
FN penerangan bukan daripada kelas KN.KN boleh digugurkan. - Contoh,
- kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan =
- Bersenam boleh menyihatkan badan.
-
PROSES PENYUSUNAN SEMULA -
Ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu.
Mengakibatkan perubahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan.
Tidak membawa perubahan pada makna ayat.
- Penyusunan semula.
Berlaku melalui proses transformasi pasif. - Contoh, Ali memendang bola itu =
- bola itu di tendang oleh Ali.
-
Penyusunan semula FN sebagai objek
Mengandungi objek tepat dan objek sipi. Contoh, - Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku =
- Ali menghadiahkan sebuah buku kepada Ahmad.
Penyusunan semula melalui ayat songsang.
Mengandungi keterangan tempat,masa, syarat dan musabab. Contoh,- Orang tua itu pergi ke sungai =
- Ke sungai orang tua itu pergi.
PROSES PELUASAN -
Penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu disebut peluasan ayat.
- Peluasan FN sebagai subjek
Diluaskan melalui pemancangan ayat relatif. - Contoh,
- Budak itu adik saya.Budak itu membaca buku =
- Budak yang membaca buku itu adik saya.
- Peluasan frasa predikat
FN direlativisasikan berfungsi sebagai subjek. - Ayat akan di pancangkan. Contoh,
- Ali mengusik budak itu.Budak itu cantik =
- Ali mengusik budak yang cantik itu.
- Peluasan dengan kata hubung.
Proses pengabungan ayat melibatkan 2 konstituen yang sama.
Menggunakan kata hubung seperti dan,tetapi,kerana, jika dan walaupun.menghasilkan ayat terbitan bersifat peluasan. Contoh, - Ali pergi ke sekolah.Osman pergi ke sekolah =
- Ali dan Osman pergi ke sekolah.
-
Peluasan melalui proses komplementasi
Proses pengubahan ayat menjadi FN dan memancang pada ayat yang lain menghasilkan peluasan kepada ayat. Contoh, - Dia melaporkan sesuatu.Ali sakit tenat =
- Dia melaporkan bahawa Ali sakit tenat.
-
Saturday, 17 December 2011
Kata pemeri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment