Sunday, 30 December 2012

DAFTAR NASRULLAH

RM 168. YURAN....TINGKATAN 1

BAJU  RM 148


HAMDAN SYAKIRIN..............130

FITRI AZIZ.................83

NAIM ABRAR...............83


RASYIDI............RM850....

BAJU DAN BEG..........229

KASUT SYIDI.............40

bayar tanah haji alias ketereh

rm 20000.oo  pada jam 3.30 petang  30 dis 2012...akad jualbeli rm30000 satu lot...

dapat geran dan boleh tukar nama bila-bila masa saja...............

pergi  dengan huzarimi dan muhamad yusof.


Thursday, 27 December 2012

Tuesday, 25 December 2012

SISTEM HAMBA DAN MAKAN GAJI

Ramai antara kita berfikir mereka kini hidup di zaman yang bebas tanpa perhambaan. Adakah ini benar ?
Dalam artikel ini saya akan membawa anda melihat 500-1000 tahun sebelum ini sewaktu perhambaan masih wujud. Apakah situasi pada waktu itu dan kita akan cuba membuat perbandingannya dengan keadaan kita pada hari ini.
1. Pada zaman perhambaan, biasanya terdapat 3 tahap hamba yang dibela oleh seseorang tuan.
Tahap yang pertama ialah hamba abdi yang paling hina. Mereka ini akan bekerja sepanjang hari sambil dipantau oleh seorang hamba yang bertindak untuk memastikan semua hamba abdi ini bekerja.
Selepas dari itu barulah terdapat hamba-hamba yang menjadi ketua mereka ini semua.

Jika dikaji, ini sama seperti struktur syarikat pada hari ini. Jika dilihat di sebuah syarikat, terdapat pekerja yang bekerja sepanjang masa dan dipantau oleh seorang supervisor dan supervisor ini akan melaporkan kepada boss mereka iaitu pengurus-pengurus dalam syarikat tersebut.

2. Pada zaman dulu, Tuan punya hamba ini akan menyediakan minuman, makanan, tempat tinggal, pakaian dan pelbagai kemudahan lain kepada seseorang hamba. Sebagai timbal balas, hamba ini akan bekerja untuk majikan itu.

Pada zaman kini, boss anda akan menyediakan anda dengan gaji dan segala kemudahan pejabat. Dengan gaji bulanan ini anda memilih makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan lain-lain untuk diri anda.

3. Tuan punya hamba akan memberikan cuti beberapa hari sebulan kepada hamba supaya hamba ini dapat rehat dan bekerja lebih kuat selepas itu. Sewaktu cuti ini, biasanya hamba ini akan menghabiskan masa berehat di rumah atau bersiar-siar. Dia perlu cukup rehat untuk sambung bekerja selepas itu.

Anda yang bekerja makan gaji, bekerja sepanjang hari minggu dan mendapat cuti sehari atau 2 hari di hujung minggu. Cuti ini biasanya digunakan untuk tidur sehingga tengahari atau meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak.

4. Pada zaman dahulu, seorang Tuan hamba akan menghukum hamba ini dengan memukul atau membuang hamba ini dari jagaannya. Ini akan mengakibatkan hamba ini terkapai-kapai tanpa tempat bergantung. Hamba ini juga akan berusaha pergi ke pasar hamba untuk mendapatkan tuan yang baru. Tuan yang baru akan melihat apa yang boleh dilakukan oleh hamba ini sebelum bersetuju untuk mengambilnya sebagai hamba. Hamba yang berkualiti tinggi akan dijual dengan harga yang tinggi.

Ini samalah seperti zaman sekarang. Pekerja yang tidak bekerja dengan baik akan dihukum samada dimarahi atau dipotong gaji. Paling teruk, pekerja ini akan dipecat. Jika dipecat, pekerja ini akan pergi ke ‘pasar hamba moden’ seperti JobStreet untuk mencari pekerjaan. Pekerjaan ini akan memberikan anda tuan baru.

5. Pada zaman dahulu, tuan punya hamba akan sentiasa memberi motivasi kepada seseorang hamba supaya hamba itu akan bekerja keras sepanjang hari. Motivasi ini boleh jadi dalam bentuk memberi kata-kata semangat, makanan lebih baik, pakaian lebih baik ataupun hamba itu akan diberi kebenaran untuk berkahwin.

Pada zaman sekarang pun begitu sebenarnya. Majikan anda memberi anda motivasi, cuti tahunan yang lebih panjang, gaji yang lebih tinggi atau kupon bercuti atau makan di tempat yang mahal. Untuk berkahwin pun, anda perlu ada gaji yang cukup.

Cuba anda renung-renungkan.. adakah anda sedang bekerja atau anda sebenarnya adalah seorang hamba ?
Sekian, terima kasih
 http://www.shahabudeenjalil.com/2012/04/makan-gaji-atau-berniaga/


Shahabudeen Jalil

Monday, 24 December 2012

Banjir



TENGGELAM...keadaan bandar Kuantan yang dinaiki air, semalam.

Air naik 1.5m
KUANTAN: Hujan lebat selama tiga jam menyebabkan beberapa jalan utama terutama di pusat bandar dilanda banjir sedalam 1.5 meter (m).
Antara jalan ditenggelami air ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih dan Jalan Pasar.

Difahamkan, banjir kilat itu berlaku jam 11 pagi semalam menyebabkan banyak kenderaan terkandas di jalan raya selain beberapa premis perniagaan ditutup kerana dinaiki air.
Walaupun daerah ini mula hujan sejak malam kelmarin, hujan lebat selama tiga jam bermula jam 8 pagi semalam menyebabkan berlaku banjir kilat.

Keadaan itu menyebabkan kebanyakan pemilik kenderaan panik dan menyelamatkan diri dengan meredah jalan yang ditenggelami air.

Tinjauan Harian Metro di sekitar Jalan Tun Ismail, di sini, mendapati 10 kenderaan terkandas dan orang ramai membantu mengalihkan kenderaan mereka.
Bagaimanapun, lima jam kemudian, air mula surut dan beberapa jalan boleh dilalui semua kenderaan.

Tinjauan juga mendapati beberapa taman perumahan iaitu di Taman LKNP, Bukit Setongkol, Taman Perumahan Transit Quarters, Taman Teratai dan Semambu turut ditenggelami air antara 0.1 meter hingga satu meter.
Keadaan itu menyebabkan penduduk mengalami kerugian apabila beberapa barang dan kelengkapan rumah tidak dapat diselamatkan berikutan kejadian tidak diduga itu.

Sementara itu, jurucakap pusat pemindahan banjir negeri berkata, seramai 787 mangsa banjir membabitkan 179 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan di sekitar daerah ini, Pekan dan Rompin.

Antara kampung terbabit di daerah ini adalah Kampung Galing, Taman Seri Kuantan, Kampung Cenderawasih, Kampung Tengah, Kampung Tanjung Lumpur dan beberapa buah kampung di sekitar Pandan.

Manakala mangsa di Pekan adalah di Kampung Sungai Miang serta Kampung Cenderawasih dan di Rompin adalah Kampung Perpat.

Mangsa ditempatkan sementara di pusat pemindahan di bandar ini adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Galing seramai 362 mangsa membabitkan 64 keluarga, SK Cenderawasih seramai 200 mangsa membabitkan 52 keluarga ,Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan seramai 93 mangsa membabitkan 41 keluarga dan Balai Raya Tanjung Lumpur seramai 21 mangsa membabitkan empat keluarga.

Manakala di Pekan pusat pemindahan adalah di SK Sinar Mutiara, Sungai Miang menempatkan 60 mangsa daripada 10 keluarga dan Masjid Kampung Perpat di Rompin menempatkan 51 mangsa membabitkan lapan keluarga.

Sebelum ini, sebanyak lapan laluan utama terpaksa ditutup dan dibuka semula selepas surut namun jalan di Jambatan Sungai Caru, Jalan Sungai Lembing, di sini, masih ditutup berikutan air naik sehingga ke paras 10 meter.

Penduduk di beberapa daerah di Kelantan, Terengganu dan Pahang dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran hujan lebat peringkat jingga yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) hari ini.    
Menurut JMM hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di beberapa jajahan di Kelantan seperti, Tumpat, Pasir Mas, Machang, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh erta di beberapa daerah di Terengganu seperti Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, dijangka berterusan sehingga esok.
  
Keadaan itu akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah, kata JMM dalam kenyataan.
  
Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang juga dijangka berterusan sehingga Rabu ini dan keadaan itu akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.
  
Dalam pada itu, JMM turut mengeluarkan nasihat hujan lebat peringkat kuning di beberapa kawasan di Pahang seperti daerah Jerantut, Maran dan Bera serta beberapa daerah di Johor seperti Mersing dan Kota Tinggi yang dijangka akan mengalami hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana sehingga Rabu ini.
  
Keadaan itu juga boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah, menurut kenyataan itu.
  
Portal JMM pula menyatakan beberapa kawasan di Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Putrajaya, Selangor dan Wilayah Persekutuan dijangka mengalami ribut petir pada sebelah petang manakala hujan sementara dijangka berlaku di Kudat dan Tawau, Sabah.
  
Amaran peringkat kuning ialah kemungkinan berlaku luruan monsun dalam tempoh 24-48 jam, amaran peringkat jingga ialah hujan monsun sederhana yang berlaku untuk beberapa jam dan amaran peringkat merah pula ialah hujan monsun yang lebat dan meluas berlaku atau dijangka berlaku dalam beberapa jam.

- Bernama

Friday, 21 December 2012

Makan gulai kenduri CC skkk3

Hujan....Raja Hasan ajak ke Kenduri anak lelaki  Mahmud Sabri.

Jumpa  Lan dan Fatil.Che Jamilah dan Noryati  Rutain....


Esok jumah Hjh Hamidah.



 Mari kita cegah 10 perkara dengan membaca, memahami dan menghayati 10 Surah:


  1. Menghindari kemurkaan Allah Taala - Surah Al_Fatihah
  2. Mencegah kehausan di hari kiamat - Surah Yasin
  3. Mencegah kesusahan di hari kiamat - Surah Ad_Dukhan
  4. Mencegah kefakiran - Surah Al_Waqi'ah
  5. Menghindari siksa kubur - Surah Al_Mulk
  6. Menghindari permusuhan - Surah Al_Kautsar
  7. Mencegah kekufuran ketika dicabut roh - Surah Al_Kafirun
  8. Mencegah kemunafikan - Surah Al_Ikhlas
  9. Mencegah irihati seseorang - Surah Al_Falaq
  10. Mencegah was-was - Surah An-Nas

Wednesday, 19 December 2012

Kena belajar dulu

Tengok molek  dulu sebelum susun! lorat napak!


PEPERIKSAAN PGSR TAMAT DAN JAMUAN DI P.CHEPA

Jamuan Akhir di  Banggol ,Tanjung Mas 12.00 t.hari

Di hadiri oleh Encik Ibrahim  dan Semua 30 pelajar 


PGSRBM   08


.....Selamat tinggal     IPGKKB.

Monday, 10 December 2012

SIAPKAN KERJA KURSUS

  DIHANTAR 10 DIS 2012 ISNIN

BMM 3116 GENRE KESUSASTERAAN  DALAM BM

PENSYARAH: ENCIK ROSELY BIN MUSTAPHA 

DAN ENCIK HASBI BIN HARON

EDU 3109 GURU DAN CABARAN SEMASA

PENSYARAH :TN.HAJI, NIK DAUD BIN MAT YUNUS

 DAN TN.HJ ZUBIR  BIN ISMAIL

EDU 3108 KENA HANTAR 12 DIS RABU

Wednesday, 5 December 2012

BAYAR YURAN TAHFIZ RASYIDI

Yuran Bulan Nov/Dis..................RM  600

Yuran Tuisyen.............................RM 360....................RM  960.00

Esok Syidi ke Madrasah Al  Husna Jalan Bayam

Radziah,Meps dan Fasehah  mari ke Chica dengan Lizaa...

Sunday, 2 December 2012

VIVA KAJIAN TINDAKAN

2 DIS.2012 HINGGA3 DIS 2012


DI SUDARA BEACH RESORT    Tok Bali

PERGI DENGAN HUZARIMI  bilik  berdua dengan Azmi Albert

SEMUA PELAJAR PGSR DAPAT BUAT

PEMBENTANGAN DENGAN BAIK DAN CEMERLANG.

ADA JUGA YANG KENA SERANGAN BERTUBI2

DARIPADA PENSYARAH PENILAI...En.Azaha,Encik Ibrahim dan Encik Hashin.Sheikh dll.