Ramai antara kita berfikir mereka kini hidup di zaman yang bebas tanpa perhambaan. Adakah ini benar ?
Dalam artikel ini saya akan membawa anda melihat 500-1000 tahun
sebelum ini sewaktu perhambaan masih wujud. Apakah situasi pada waktu
itu dan kita akan cuba membuat perbandingannya dengan keadaan kita pada
hari ini.
1. Pada zaman perhambaan, biasanya terdapat 3 tahap hamba yang dibela
oleh seseorang tuan.
Tahap yang pertama ialah hamba abdi yang paling
hina. Mereka ini akan bekerja sepanjang hari sambil dipantau oleh
seorang hamba yang bertindak untuk memastikan semua hamba abdi ini
bekerja.
Selepas dari itu barulah terdapat hamba-hamba yang menjadi
ketua mereka ini semua.
Jika dikaji, ini sama seperti struktur syarikat pada hari ini. Jika
dilihat di sebuah syarikat, terdapat pekerja yang bekerja sepanjang masa
dan dipantau oleh seorang supervisor dan supervisor ini akan melaporkan
kepada boss mereka iaitu pengurus-pengurus dalam syarikat tersebut.
2. Pada zaman dulu, Tuan punya hamba ini akan menyediakan minuman,
makanan, tempat tinggal, pakaian dan pelbagai kemudahan lain kepada
seseorang hamba. Sebagai timbal balas, hamba ini akan bekerja untuk
majikan itu.
Pada zaman kini, boss anda akan menyediakan anda dengan gaji dan
segala kemudahan pejabat. Dengan gaji bulanan ini anda memilih makanan,
minuman, tempat tinggal, pakaian dan lain-lain untuk diri anda.
3. Tuan punya hamba akan memberikan cuti beberapa hari sebulan kepada
hamba supaya hamba ini dapat rehat dan bekerja lebih kuat selepas itu.
Sewaktu cuti ini, biasanya hamba ini akan menghabiskan masa berehat di
rumah atau bersiar-siar. Dia perlu cukup rehat untuk sambung bekerja
selepas itu.
Anda yang bekerja makan gaji, bekerja sepanjang hari minggu dan
mendapat cuti sehari atau 2 hari di hujung minggu. Cuti ini biasanya
digunakan untuk tidur sehingga tengahari atau meluangkan masa bersama
isteri dan anak-anak.
4. Pada zaman dahulu, seorang Tuan hamba akan menghukum hamba ini
dengan memukul atau membuang hamba ini dari jagaannya. Ini akan
mengakibatkan hamba ini terkapai-kapai tanpa tempat bergantung. Hamba
ini juga akan berusaha pergi ke pasar hamba untuk mendapatkan tuan yang
baru. Tuan yang baru akan melihat apa yang boleh dilakukan oleh hamba
ini sebelum bersetuju untuk mengambilnya sebagai hamba. Hamba yang
berkualiti tinggi akan dijual dengan harga yang tinggi.
Ini samalah seperti zaman sekarang. Pekerja yang tidak bekerja dengan
baik akan dihukum samada dimarahi atau dipotong gaji. Paling teruk,
pekerja ini akan dipecat. Jika dipecat, pekerja ini akan pergi ke ‘pasar
hamba moden’ seperti JobStreet untuk mencari pekerjaan. Pekerjaan ini
akan memberikan anda tuan baru.
5. Pada zaman dahulu, tuan punya hamba akan sentiasa memberi motivasi
kepada seseorang hamba supaya hamba itu akan bekerja keras sepanjang
hari. Motivasi ini boleh jadi dalam bentuk memberi kata-kata semangat,
makanan lebih baik, pakaian lebih baik ataupun hamba itu akan diberi
kebenaran untuk berkahwin.
Pada zaman sekarang pun begitu sebenarnya. Majikan anda memberi anda
motivasi, cuti tahunan yang lebih panjang, gaji yang lebih tinggi atau
kupon bercuti atau makan di tempat yang mahal. Untuk berkahwin pun, anda
perlu ada gaji yang cukup.
Cuba anda renung-renungkan.. adakah anda sedang bekerja atau anda sebenarnya adalah seorang hamba ?
Sekian, terima kasih
http://www.shahabudeenjalil.com/2012/04/makan-gaji-atau-berniaga/
Shahabudeen Jalil
No comments:
Post a Comment